KUALA LUMPUR: Pos Malaysia giat meningkatkan kapasitinya untuk menguruskan lonjakan permintaan terhadap perkhidmatannya dengan berkesan, yang didorong oleh pertumbuhan e-dagang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata, Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.
"Pada tahun lepas, kami secara konsisten telah mencapai lebih 90 peratus daripada komitmen penghantaran Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA) kami.
"Pada Jun 2023, penghantaran bungkusan pada hari berikutnya mencapai 92 peratus daripada komitmen penghantaran manakala penghantaran mel mencapai 97 peratus," katanya.
Prestasinya yang menggalakkan itu turut dicerminkan dalam Kajian Cabaran Kurier yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 2022, apabila Pos Malaysia mencapai 96 peratus untuk prestasi penghantaran dijamin berbanding purata industri sebanyak 78 peratus dan 91 peratus untuk kebolehpercayaan berbanding purata industri sebanyak 83 peratus.
Brewer berkata penggunaan kemajuan teknologi yang pesat mewujudkan peluang baharu untuk Pos Malaysia, terutamanya dengan pertumbuhan e-dagang yang pesat.
"Penghantaran bungkusan bukan hanya mengenai kecekapan, ia turut memerlukan kemampanan dan pelanggan yang celik teknologi hari ini mengharapkan perkhidmatan yang lebih berdaya maju, berkualiti tinggi dan perkhidmatan digital ke pintu," katanya.
Beliau berkata Pos Malaysia telah menunjukkan prestasi yang membanggakan melangkaui sasaran Universal Postal Union, mencapai lebih 90 peratus dalam pelbagai kategori, termasuk Mel Antarabangsa, Perkhidmatan Mel Ekspres dan Bungkusan pada suku kedua 2023.
Dengan sejarah selama lebih 200 tahun, Pos Malaysia telah berkembang daripada hanya menjadi syarikat perkhidmatan pos konvensional yang terlibat dalam penghantaran mel dan bungkusan kepada penyedia produk dan perkhidmatan runcit, logistik dan penerbangan yang dinamik.
Setakat ini, Pos Malaysia mempunyai capaian jarak jauh yang paling luas, membuat penghantaran ke lebih 11 juta alamat di seluruh negara dengan lebih 15,000 kakitangan, 633 pejabat pos dan lebih 3,800 pusat runcit.
Kumpulan tersebut menyasarkan untuk terus meningkatkan asas pelanggannya dengan membantu perniagaan menghantar barangan kepada pengguna dengan cekap, sekali gus meningkatkan kecekapan operasi mereka secara keseluruhan.
"Selain menyampaikan perkhidmatan mel dan bungkusan secara menyeluruh, kami turut melengkapkan individu, perusahaan kecil dan sederhana, organisasi besar dan komuniti dengan kaedah dan penyelesaian untuk memacu pertumbuhan dan memenuhi keperluan mereka," kata Brewer.
Beliau berkata Pos Malaysia juga menyediakan perkhidmatan pemenuhan yang menyeluruh kepada pelanggan perniagaan melalui Pos Fulfill, daripada 'first mile' (logistik penghantaran) hingga 'mid mile' (pergudangan dan pemenuhan pesanan) hingga 'last mile' (penghantaran terakhir).
Bagi kekal berdaya saing, Pos Malaysia telah merangka strategi untuk meningkatkan aliran pendapatannya melalui kerjasama dengan pihak ketiga, menawarkan hasil yang lebih besar bagi setiap jumlah pengunjung.
"Strategi runcit Pos Malaysia menyasarkan untuk memacu jumlah pengunjung ke 633 cawangan pejabat posnya, memanfaatkan lebih 3.2 juta kaki persegi ruang runcit dengan menukar ruang yang ada kepada kedai runcit/kesihatan," katanya.
Pada Mei, Pos Malaysia membuka kedai serbaneka pertamanya, Pos Shop, sebuah pusat runcit sehenti untuk pelanggan di Pejabat Pos Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan kumpulan itu merancang untuk membuka lebih banyak Pos Shop, memberi tumpuan kepada kawasan kediaman dan luar bandar.
Ia turut bekerjasama dengan Cafe Mesra dan ZUS Coffee, apabila pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pos di lokasi terpilih akan dapat menikmati makanan dan minuman pada masa yang sama.
Mengenai masa depan, Brewer berkata Pos Malaysia kekal komited untuk menggalakkan kelestarian dalam mengguna pakai dan mentransformasikan perniagaannya untuk masa depan yang lebih mesra alam.
"Pada Mac lepas, kami melancarkan Pelan Hala Tuju Kelestarian Pos Malaysia, yang menggariskan pelan untuk mengurangkan jejak alam sekitar kami; menyasarkan pelepasan karbon sifar bersih bagi operasi kami menjelang 2050," katanya.
Inisiatif itu merangkumi kaedah penghantaran, pengoptimuman kenderaan, bangunan hijau, pengurusan sisa, pembungkusan mampan dan pembelajaran digital, selain Pos Malaysia komited untuk mencapai pengurangan 30 peratus dalam skop satu dan skop dua untuk pelepasan menjelang 2025.
Kumpulan turut merancang untuk memastikan kadar kitar semula sisa operasi sebanyak 50 peratus, 80 peratus bahan kitar semula atau bahan boleh diperbaharui untuk semua pembungkusan dan 50 peratus latihan dilakukan secara digital.
"Pada masa ini, kami mempunyai stesen pengecas kenderaan elektrik di enam pejabat Pos Malaysia di seluruh negara dan memiliki 105 e-Bike di jalan raya dan panel solar di tiga fasiliti.
"Menjelang 2025, sebanyak 28 peratus daripada keseluruhan kenderaan akan menggunakan tenaga elektrik dan mencapai tahap 100 peratus menjelang 2030," kata Brewer.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar. - Astro AWANI
Alat penyembut kabus bantu sejukkan suhu badan gajah
Sebuah pusat pemulihan gajah di selatan India, Tamil Nadu memasang alat penyembur kabus untuk memastikan gajah-gajah mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sejuk.
Krisis air berterusan, penduduk terpaksa berebut
Penduduk di beberapa bahagian New Delhi terpaksa beratur panjang untuk mengambil air dari tangki.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Masalah itu diperburukkan lagi apabila kadang kala, tangki air tidak sampai mengikuti jadual yang tetap sehinggakan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain.
Lintasan Rafah hanya boleh dibuka selepas tentera Israel tinggalkan Gaza
Lintasan sempadan Rafah yang digunakan untuk penghantaran bantuan ke Gaza dari Mesir tidak boleh beroperasi semula melainkan Israel melepaskan kawalan dan menyerahkannya kembali kepada rakyat Palestin di sebelah Gaza.
10 terkorban dalam serangan Israel di Khan Younis
10 orang, termasuk tiga kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan udara Israel di Khan Younis pada awal pagi Isnin.
Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam pilihan raya presiden Mexico
Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau menang dengan antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus undian.
PBAKL: Media sosial suntik keterujaan terhadap buku
Media sosial memainkan peranan besar, dengan kebanyakan penulis dan rumah penerbitan aktif di media sosial, tanpa melupakan peranan media konvensional.
10 Berita Pilihan - (03 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza
Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan segera dan tanpa halangan kepada rakyat Palestin serta pembinaan semula Gaza.
Tempuhi lebih 3 jam perjalanan untuk tonton "The Experts"
Seramai 90 pelajar Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dan sekumpulan remaja dari Junior Chamber International sanggup menempuhi perjalanan lebih 300 kilometer bagi menonton filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.
Bagaimanapun, mereka menyifatkan perjalanan yang memakan masa lebih tiga jam dari kelantan ke terengganu itu sangat berbaloi kerana kualiti dan jalan cerita yang ditampilkan menerusi filem berkenaan amat menarik.
Bagaimanapun, mereka menyifatkan perjalanan yang memakan masa lebih tiga jam dari kelantan ke terengganu itu sangat berbaloi kerana kualiti dan jalan cerita yang ditampilkan menerusi filem berkenaan amat menarik.
THhujjaj mudahkan jemaah semak amaran Arab Saudi, tahu cuaca semasa
THhujjaj yang dibangunkan Lembaga Tabung Haji (TH) bantu memudahkan jemaah haji Malaysia untuk menyemak status amaran pihak berkuasa Arab Saudi dan tahu makluman tentang cuaca semasa di Tanah Suci sepanjang operasi haji musim ini.
Pos Malaysia capai 96 peratus prestasi penghantaran dijamin
Pos Malaysia memantau prestasi perkhidmatannya setiap hari untuk memastikan pengalaman pelanggan yang lancar.
Rugi bersih suku pertama Pos Malaysia berkurangan kepada RM27.66 juta
CEO kumpulan, Charles Brewer berkata prestasi Pos Malaysia adalah lebih baik dalam seluruh aspek berbanding pada suku pertama tahun kewangan 2022.
Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia didakwa terima rasuah
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim.
Pos Malaysia sambung semula perkhidmatan penghantaran antarabangsa
Penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.
Bekas ejen 'Pos Rider' diutamakan untuk khidmat sambilan - Pos Malaysia
Pos Malaysia akan mengutamakan bekas ejen 'Pos Rider' untuk berkhidmat secara sambilan dengan syarikat itu, sekiranya terdapat peningkatan jumlah bungkusan kelak.
Pejabat pos, Pos Laju tetap beroperasi di sekitar Kota Setar - Pos Malaysia
Semua pejabat pos dan pusat perkhidmatan Pos Laju sekitar Kota Setar, Kedah, akan dibuka seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran.
Guru wanita rugi RM333,000 ditipu 'Inspektor Mazlan'
Seorang guru wanita kerugian RM333,000 selepas terpedaya dengan penipuan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.
Pos Malaysia naikkan kadar pos komersial
Langkah itu seiring dengan peningkatan kos operasi dan peningkatan struktur kadar antarabangsa oleh Kesatuan Pos Sedunia (UPU).
Pos Malaysia tunggu butiran rasmi mengenai kenaikan tarif pos daripada kerajaan
Sumber itu berkata perubahan harga tidak akan memberi kesan terhadap kadar bayaran pos untuk pengguna bukan komersil dalam negeri.
Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia
Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.